
Oleh SARINA ISMAIL
ALOR SETAR: Kerajaan Kedah mengadakan perbincangan berkaitan pemasangan jalur lebar di negeri terbabit dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perbincangan berkisar pencapaian dan akses internet di kawasan luar bandar serta menaik taraf prasarana internet di 312 sekolah di seluruh Kedah.
Katanya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia juga sedang membangunkan Mercu Ekonomi Digital (MEDi) di Kedah.
“MEDi sebagai usaha menggalakkan lebih ramai usahawan menceburi bidang berkaitan ekonomi digital dalam skala lebih besar,” katanya pada kenyataan hari ini.
Sebelum itu beliau menerima kunjung hormat Annuar di Seri Mentaloon.
Sanusi juga berkata, pertemuan tersebut juga turut membincangkan berkenaan politik semasa khususnya di Malaysia dan Kedah.
“Terima kasih di atas kunjungan Tan Sri ke Kedah,” tambah beliau. – HARAKAHDAILY 22/4/2022











