Tingkat kawalan sempadan elak barangan subsidi diseludup

- Advertisement -

Oleh ZULKEFLI HUSSIN

PASIR PUTEH:
Polis Kelantan mempertingkatkan kawalan di kawasan sempadan untuk mencegah kegiatan penyeludupan terutamanya barangan keperluan harian yang diberi subsidi kerajaan.

Ketua Polis negeri Dato’ Shafien Mamat berkata, barangan terbabit termasuk gula, minyak masak dan ayam menjelang sambutan Aidilfitri bulan depan.

- Advertisement -

Katanya kawalan di kawasan sempadan diadakan bermula awal Ramadan sehingga menjelang sambutan Aidilfitri menglibatkan pelbagai pasukan.

“Anggota terbabit termasuk pasukan penguatkuasa Unit Berkuda yang dianggotai 15 anggota membabitkan enam ekor kuda,” katanya kepada pemberita pada lawatan rasmi dan penyampaian sumbangan serta iftar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, malam tadi. Turut hadir Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Supt Zaizul Rizal Zakaria.

Shafien juga berkata, harga barangan keperluan tersebut lebih mahal di negara jiran.

Menurutnya juga Unit Berkuda berkenaan ditugaskan setiap dua minggu sekali secara bergilir-gilir dengan Pasukan Polis Kuala Lumpur.

Sementara itu pada perkembangan lain kata beliau cuti anggota polis sepanjang musim perayaan hanya dibenarkan 10 peratus sahaja. – HARAKAHDAILY 18/4/2022

- Advertisement -