JAKIM salur RM20,000 untuk Warga Emas Al-Fattah

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

HULU LANGAT: Sebanyak RM20,000 tunai dan 50 set barangan makanan berjumlah RM2,500 diserahkan kepada Pusat Jagaan Warga Emas Al-Fattah di bawah bantuan Musaadah Covid-19, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (HEA), Datuk Idris Ahmad berkata, beliau berharap bantuan itu dapat meringankan beban penghuni pusat jagaan itu walaupun bukan jumlah atau amaun yang besar.

Katanya, beliau kagum dengan Pengerusi Pusat Jagaan itu, Mohammad Azlan Abdul Rahman, yang hanya bekerja sebagai pemandu bas untuk menampung perbelanjaan pusat jagaan berkenaan.

“Saya amat kagum, walaupun beliau hanyalah pemandu bas, tetapi jiwa dia besar. Setakat ini saya belum jumpa, sepanjang saya hidup 59 tahun.

“Selalunya saya jumpa orang yang buat Pusat Jagaan sebegini, dia ada kelebihan sendiri dan sebagainya. Ini satu perkara yang kita hargai, sekurang-kurangnya dia melepaskan tanggungjawab sosial dan tanggungjawab fardhu kifayah,” katanya.

Katanya, dalam sidang media semasa menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Rumah Jagaan Warga Emas Al-Fattah, di Semenyih, di sini, hari ini.

Menurut Idris, sumbangan itu akan memanfaatkan 19 penghuni di pusat jagaan berkenaan, dalam masa sama pihaknya akan cuba mendapatkan bantuan dari pihak lain untuk Pusat Jagaan Al-Fattah.

Malah, pihaknya akan cuba memanjangkan isu dihadapi Pusat Jagaan Al-Fattah yang terkesan untuk terus membiayai tempat tinggal warga emas di sini, ke Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat (KPWM).

Turut hadir dalam majlis sama, Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Ras Adiba Radzi. – HARAKAHDAILY 18/4/2022

- Advertisement -