‘Cross-expertise’ JPM (HEA) dan MOSTI

- Advertisement -

KAMI memulakan rutin tugasan pagi ini dengan pertemuan bersama YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba, Menteri MOSTI bersama rombongan delegasinya yang dihadiri oleh Dato’ Ts. Dr. Mohd Nor Azman Bin Hassan (TKSUT), Puan Nordina (SUB TSA), Dr. Iskandar (CEO MIMOS) dan Datuk Wira Prof. Raha (NIBM). Pertemuan ini juga dihadiri oleh Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Ustazah Hakimah.

Saya telah mendengar perbincangan 2 hala berkenaan perkara yang melibatkan kerjasama terhadap pengkhususan kerja dan tenaga pakar yang terdapat di dalam Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan MOSTI yang perlu kepada ‘cross-expertise’ dan keperluan yang mendesak terhadap kualiti dan perkhidmatan yang terbaik demi kepentingan rakyat Malaysia dan urusan-urusan yang berkaitan dengan Umat Islam di Malaysia.

- Advertisement -

Antara perbincangan yang berlangsung sebentar tadi adalah berkenaan isu-isu kesihatan dan pembekalan makanan yang berkaitan produk-produk yang diimport ke Malaysia, seperti pembekalan vaksin, perubatan, bekalan daging import dan beberapa produk-produk lain, yang telah melalui sistem pengesanan ‘blockchain’ bagi memastikan produk-produk di bawa masuk di Malaysia menepati piawaian kualiti kebersihan, kesihatan dan keperluan yang telah ditetapkan, termasuklah dalam piawaian halal yang dipantau oleh pihak JAKIM.

Pendedahan mengenai usaha dan peningkatan berterusan dalam sistem ini telah menatijahkan perbincangan dan kerjasama yang berterusan di antara kedua-dua badan berautoriti ini yang bermatlamatkan penghasilan dan pembekalan produk-produk yang halal dan berkualiti yang dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia umumnya, dan umat Islam di Malaysia khususnya.

Saya mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada seluruh pasukan MOSTI yang diketuai oleh YB Dato’ Sri Dr. Adham Bin Baba selaku Menteri MOSTI atas kunjungan ke pejabat kami. Saya mendoakan kesejahteraan dan kemudahan atas semua urusan MOSTI yang berusaha memastikan kualiti perkhidmatan berasaskan teknologi di Malaysia mampu mencapai kepada tahap sebuah negara maju dan berjaya. InsyaAllah.

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 5/4/2022

- Advertisement -