
KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diberikan penghormatan sebagai pengendali pertama pesawat Airbus A400M mencatat lebih dari 10,000 jam penerbangan di seluruh dunia pada 2021.
Ketua Airbus Defence and Space Asia-Pasifik Johan Pelissier menyampaikan anugerah itu kepada Panglima Tentera Udara Jen Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2022, hari ini.
Acara dwitahunan DSA dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (Natsec) bermula semalam di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini.
Setelah mencapai lebih jam penerbangan dan kitaran penerbangan berbanding mana-mana pengendali A400M, TUDM diiktiraf sebagai peneraju kumpulan A400M menyediakan rujukan bernilai untuk semua pelanggan A400M dan Airbus,” kata Pelissier.
Beliau berkata pesawat yang digunakan TUDM sejak 2015 telah mengubah operasi pengangkatan udara pelanggan, memainkan peranan penting dalam semua jenis misi termasuk mengangkut kargo dan kakitangan.
Juga misi bantuan kemanusian dan bencana, mengangkut peralatan berat, memerangi pandemik COVID-19, mengangkut ubat-ubatan selain daripada operasi mengisi minyak di udara.
“Baru-baru ini, TUDM telah menaik taraf sebuah daripada A400Mnya dengan keupayaan taktikal, membolehkan pesawat itu melaksanakan misi seperti penghantaran udara, mengatur gerak askar payung terjun sepenuhnya atau penerbangan pada aras rendah,” katanya sambil menambah TUDM memiliki empat unit A400M setakat ini.
Beliau berkata TUDM juga merupakan pengendali pertama A400M di ratau Asia Pasifik. – BERNAMA











