Fadhil perlukan RM30,000 biayai kos pembedahan jantung

- Advertisement -

IPOH: Exco Pemuda PAS Kawasan Parit, Muhammaf Fadhil Hashim memerlukan sumbangan RM30,000 untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan penyakit jantung yang dihadapi beliau.

Muhammad Fadhil sebelum ini berada dalam keadaan kritikal setelah mengalami serangan jantung, namun keadaannya kembali stabil setelah menerima rawatan di Hospital Seri Manjung, baru-baru ini. 

- Advertisement -

Ketua Pemuda PAS Negeri Perak, Ustaz Hafez Sabri mengambil inisiatif melancarkan kutipan kilat menerusi Lajnah Kebajikan Pemuda PAS Perak bertujuan meringankan beban Fadhil yang akan dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pembedahan.

Beliau menyifatkan Muhammad Fadhil merupakan ahli aktif dan banyak memberi sumbangan dalam gerak kerja PAS khususnya di kawasan Parit memandangkan beliau merupakan Exco Pemuda PAS Parit dan juga Setiausaha Jabatan Amal Malaysia Parit. 

Sumbangan melalui boleh disalurkan melalui akaun Bank Islam Malaysia Berhad (08013010005254) atas nama Dewan Pemuda PAS Perak dan boleh hubungi 012-4157518 (Ustaz Hanif) untuk sebarang rujukan berkaitan.

Ketua Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad dalam pada itu berkata, pihaknya amat berdukacita terhadap ujian menimpa Muhammad Fadhil lebih-lebih lagi isterinya, Nur Iylia Zainal merupakan Pengarah Briged Muslimat PAS Perak.

Jelasnya yang juga Ketua Muslimat PAS Parit, kedua pasangan itu banyak menyumbangkan khidmat bakti dalam program jemaah selama ini dan kini Nur Iylia sedang sarat mengandung. 

“Saya difahamkan keadaan Muhammad Fadhil kini (bertambah) stabil, namun (masih) memerlukan pembedahan segera untuk mengelakkan (berlakunya) serangan jantung (buat) kali kedua.

“Skuad Prihatin Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Perak turut melancarkan tabung sumbangan dana bagi menampung kos pembedahan Muhammad Fadhil,” jelasnya lagi

Sumbangan dan keprihatinan orang ramai amat dialu-alukan di mana ia boleh disalurkan menerusi akaun Bank Islam Dewan Muslimat PAS Perak (08086010026382) atau hubungi Rohawati (0195590699) jika ada sebarang pertanyaan lanjut. – HARAKAHDAILY 21/3/2022

- Advertisement -