Tidak perlu kalut hendak bubar Dun – Sanusi

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Kerajaan Kedah tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) sehingga tamat penggal ke-14.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tunggu sehingga habis penggal yang ada sekarang dan tidak perlu kalut dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) seperti berlaku sebelum ini.

- Advertisement -

“Tunggu saja sampai tempoh, bubarlah. Tak ada masalah. Yang nak bubar awal tu yang masalah. Kenapa mereka kalut.. Tentu ada udang di sebalik mee,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman semalam.

Sebelum dua negeri membubarkan Dun ekoran krisis politik yang berlaku iaitu Melaka dan Sabah. Namun, Johor turut membubarkan Dun biarpun masih mempunyai kelebihan satu kerusi.

Manakala Sarawak pula membubarkan Dun ekoran tamat penggal pemerntahan penggal terdahulu.

Sanusi juga berkata, pendirian Kedah itu selaras dengan keputusan kerajaan PAS di Kelantan dan Terangganu.

Menurutnya keputusan tidak membubarkan Dun Kedah sehingga tamat tempoh penggal sangat relevan kerana masih ada masa bagi melaksanakan agenda untuk rakyat.

“Keputusan itu bukan kerana PAS takut kalah kerana kalah dan menang itu sudah menjadi perkara biasa. Saya tak takut kalah. Kalah bukan tak biasa. Lama dah dok kalah,” katanya.

Baru-baru ini tersebar spekulasi kononnya Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah goyah berikutan terdapat beberapa Adun akan menarik diri menyokong kerajaan.

Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan tiga negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Kelantan, Terangganu dan Kedah tidak akan membubarkan Dun masing-masing sehingga PRU ke-15.

Sementara dalam perkembangan lain Sanusi merakam ucapan tahniah di atas pelantikan Machap Dato’ Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19. – HARAKAHDAILY 17/3/2022

- Advertisement -