Inilah ikrar Perikatan Nasional demi Bangsa Johor!

- Advertisement -

LAPAN tunjang utama yang kami ikrarkan ini bukan retorik dan bukan janji palsu! Ianya lengkap dan inklusif demi keperluan segenap rakyat Johor. 

Saya kira ikrar ini sangat bertepatan dengan cita rasa orang Johor dan juga warga Simpang Jeram yang mahukan kepimpinan telus, ekonomi mampan, sara hidup selesa, dan juga dari pelbagai aspek sekeliling masa kini.

- Advertisement -

“Janji-janji ni saya kurang percaya dah, kalau zaman 22 bulan PH hari Itu semuanya kencing saja! Zaman BN dulu pulak janji dichapati bukan ditepati!,” kata seorang pengundi.

Baik, saya memahami keperitan nasib pengundi yang sudah merasai kedua-dua zaman pemerintahan itu. Sebab itu, saya bersama Perikatan Nasional hadir sebagai wadah yang jelas bersih dan berintegriti untuk mengubat perasaan luka Bangsa Johor setelah sekian lama ini. 

Boleh lihat sendiri Kerajaan Persekutuan tempoh hari, Kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin, walaupun didirikan tanpa sebarang janji manifesto, tetap dapat mengeluarkan pelbagai kemudahan pakej-pakej bantuan kepada segenap lapisan rakyat!

Hari ini kami berpeluang masuk bertanding di PRN Johor dengan suatu gabungan yang utuh dan padu dengan menawarkan suatu pembaharuan kepada Negeri Johor dengan tawaran-tawaran yang realistik, komprehensif dan tuntas!

Ayuh bersama kami demi Bangsa Johor! Berikan mandat kepada kami Perikatan Nasional di Negeri Johor ini untuk membentuk kerajaan yang berintegriti dan prihatin rakyat.

“Luaskan Kuasamu Simpang Jeram”

ZARUL SALLEH
Calon PN N.13 DUN Simpang Jeram
PRN Johor – HARAKAHDAILY 8/3/2022

- Advertisement -