Cikgu Selamat selesa berkempen walau SOP ketat

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

PENGERANG: Calon Perikatan Nasional, Cikgu Selamat Ujud selesa berkempen dengan pendekatan sendiri walaupun prosedur operasi standard (SOP) masih ketat.

Beliau yang bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Surat selesa berkempen melalui kenalannya, menziarahi penduduk yang terlantar uzur serta melalui kenduri yang diadakan penduduk.

“Pertama sekali, saya selesa dengan cara bergerak jumpa kawan kawan saya, Kemudian saya menziarahi orang sakit terlantar.

“Melalui pendekatan ini, kita harap ada penceritaan kepada pihak luar, apabila kita ziarah orang dengan calon, nanti mereka perkenalkan,” katanya ketika ditemui Harakahdaily, petang semalam.

Calon Perikatan Nasional DUN Tanjung Surat, Cikgu Selamat Ujud

Menurut Cikgu Selamat, beliau dikenali penduduk kerana berkhidmat sebagai seorang guru, sekolah yang terlahir Cikgu Selamat berkhidmat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Mas, Kota Tinggi.

Cikgu Selamat juga aktif mengusahakan ladang ternakan lembu dan kambing bersama anaknya, yang kini perusahaan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada anaknya.

Menurut Cikgu Selamat, beliau juga mengambil kesempatan untuk menjamu selera di warung atau kedai di sekitar Tanjung Surat untuk bertemu pengundi.

Katanya, maklum balas yang diterima sepanjang tempoh berkempen adalah sangat baik, dan beliau yakin, pengunjung di warung akan menyampaikan cerita mengenai calon Perikatan Nasional melalui perbualan di warung.

“Kita sudah ada berkunjung di gerai-gerai sekitar Felda Kledang, berdekatan pusat bandar Kledang itu, sambutan ramai.

“Jadi (kunjungan warung) saya rasa itu pendekatan yang lebih baik, kalau kita buat ceramah dalam suasana sekarang, siapa nak datang? Kecuali orang-orang kita yang biasa (lihat).

“Kalau orang luar yang kita jemput itu, mungkin dia teragak-agak untuk datang, rasa dia terfikir, akhirnya dia tak datang,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, beliau berhadapan dengan calon Pejuang, Samat Atan, Aznan Tamin (BN) dan Rosman Tahir (PKR).

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian PRN Johor manakala pengundian awal pada 8 Mac. – HARAKAHDAILY 1/3/2022

- Advertisement -