Dewan Muslimat PAS Malaysia sumbang kit Covid-19

- Advertisement -

MUTAKHIR ini, jumlah kes positif Covid-19 di negara Malaysia semakin meningkat, berikutan gelombang Omicron yang sedang melanda.

Dalam menuju endemik Covid-19, kita tidak dapat lari dari hakikat bahawa gelombang penyebaran mungkin berlaku dari semasa ke semasa, seperti yang sedang kita hadapi sekarang.

Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengambil inisiatif memberikan sumbangan KIT Covid-19 bagi mereka yang dijangkiti dengan virus ini. Kit ini bertujuan melengkapkan para pesakit dengan persediaan, termasuklah peralatan dan bahan-bahan penjagaan diri dan keluarga sewaktu dijangkiti virus Covid-19.

- Advertisement -

Sejak tiga minggu yang lalu, Lajnah Kesihatan Dewan Muslimat PAS Malaysia aktif bergerak menyampaikan sumbangan ini.

Berikut dikongsikan gambar-gambar sekitar misi penyampaian bantuan kit Covid-19 di negeri Melaka. Pengerusi Lajnah Kesihatan DMPM, Dr Reen Mohd Amin, turut aktif dalam bergerak menyampaikan sumbangan ini kepada mereka yang terkesan.

Di samping bantuan secara sumbangan berbentuk fizikal, Lajnah Kesihatan DMPM juga memberikan bantuan dari sudut khidmat nasihat kepada pesakit yang memerlukan. Ini termasuklah bantuan teknikal bagaimana membuat pelaporan kes positif Covid-19, serta pemantauan kendiri di aplikasi MySejahtera, sepanjang tempoh pesakit menjalani Home Surveillance Order (HSO).

Lajnah Kesihatan DMPM juga sentiasa mengikuti rapat perkembangan terbaru Garis Panduan Covid-19 yang dikeluarkan oleh KKM, seperti pengurusan kontak rapat. Ini bertujuan memberikan panduan terbaik dan terkini berkenaan pengurusan Covid-19 sebagaimana yang telah digariskan oleh KKM.

Lajnah Kesihatan DMPM juga membuka ruang kepada semua para penyumbang yang budiman untuk menyumbang kit Covid-19 kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.

Istimewanya kit Covid-19 LKDMPM ini, ianya mengandungi:

Pulse oximeter
Covid-19 Antigen Rapid Test (Oral Fluid)
75% alcohol wipes
Hand sanitizer
Mask
Panadol
Kool-Fever
LMS ointment
Ma’thurat
Risalah mengenai kepentingan vaksin

Mereka yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah berbuat demikian melalui akaun Maybank Dewan Muslimat PAS Pusat: 564025400711 serta memaklumkan sumbangan kepada Dr Asyikin Hashim di talian 012-6912801.

Semoga secebis pemberian tanda ingatan ini, dapat sedikit sebanyak menggembirakan hati mereka yang diuji. Kali ini giliran mereka, entahkan bila pula, tidak mustahil giliran kita.

Semoga mereka yang terkesan dipelihara Allah SWT, dipermudahkan segala urusan, serta dikurniakan kesembuhan segera, Ameen Ya Rabbal A’lamin. – HARAKAHDAILY 28/2/2022

- Advertisement -