Ejen PAS perlu bergerak aktif sebar maklumat

- Advertisement -

Oleh FAIZAH ARBAIN

SANDAKAN:
Semua ahli PAS merupakan ejen penerangan yang perlu faham skop kerja dan tugas bagi mempromosi setiap gerak kerja penerangan dan menjelaskan isu-isu semasa.

Setiausaha Lajnah Penerangan dan Media Baharu PAS Sabah, Mohd Ahzam Che Mat berkata, ejen PAS perlu bergerak aktif bagi menyebar maklumat dan menjawab isu-isu semasa.

- Advertisement -

“Setiap ahli PAS perlu berperanan sebagai agen penerangan bagi memperkasakan gerak kerja jemaah Islam di peringkat akar umbi,” katanya pada Munaqasah Ucapan Dasar Presiden peringkat negeri Sabah di sini semalam.

Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Lajnah Penerangan PAS Pusat, Ustaz Hishamuddin Abdul Karim yang juga Adun Tepoh, Terengganu. Seramai 150 peserta hadir dengan mengikut SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negeri Sabah.

Menurutnya juga program itu diadakan bertujuan memberi kefahaman kepada kepimpinan PAS di semua peringkat berkenaan intipati ucapan dasar Presiden PAS di muktamar tahun lepas.

“PAS Sabah berharap para peserta dapat menjayakan amanat presiden dalam bentuk pelan tindakan agar jentera di setiap peringkat jelas tentang hala tuju parti dan mampu bergerak secara tersusun dan istiqamah,” ujarnya.

Program munaqasah itu merupakan aktiviti bersemuka kali pertama di peringkat negeri selepas siri-siri program secara maya sepanjang pandemik Covid-19. – HARAKAHDAILY 20/2/2022

- Advertisement -