TNB Janamanjung juara Piala EXCO Alam Sekitar

- Advertisement -

IPOH: TNB Janamanjung Sdn Bhd (A) mengungguli Kejohanan Boling Piala EXCO Alam Sekitar Negeri Perak 2022 dengan kutipan mata tertinggi 1,887 jatuhan pin, sekali gus dinobatkan sebagai johan.

Manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga dirangkul Proton Tanjung Malim Sdn Bhd dan TNB Janamanjung Sdn Bhd (B) masing-masing dengan catatan 1,819 dan 1,745 jatuhan pin.

- Advertisement -

Jatuhan pin tertinggi kategori lelaki dicatat Syimir Abdul Razak dengan 559 jatuhan pin dan Afiza Yahya mengungguli kategori wanita dengan 384 jatuhan pin.

Johan membawa pulang piala, medal dan wang tunai berjumlah RM800 manakala naib johan dan pemenang tempat ketiga membawa pulang RM600 dan RM400 beserta medal.

Pemenang Tempat Keempat dan Kelima masing-masing membawa pulang wang tunai RM200 bersama medal.

Kejohanan Boling Piala EXCO Alam Sekitar Negeri Perak 2022 menyaksikan penyertaan 480 pemain dari 120 pasukan terdiri daripada rakan strategik Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Perak, Mohd Akmal Kamarudin, kejohanan diadakan bersempena Hari Tanah Lembab Sedunia Peringkat Negeri Perak 2022.

“Ia adalah bagi mengeratkan hubungan JAS Perak bersama pemain industri. Ini merupakan kepelbagaian kempen bagi meningkatkan kesedaran alam sekitar dalam kalangan masyarakat dan industri menerusi hubungan yang dapat dibina antara JAS Perak dan peserta yang terdiri daripada Rakan Strategik JAS Perak dan pemain Industri,” katanya.

Turut hadir, Ketua Penolong Pengarah Kanan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak, Abdul Aziz Parmin. – HARAKAHDAILY 14/2/2022

- Advertisement -