Muslimat bakal lancar ‘Kita Bersaudara’ santuni orang asal

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) melalui Lajnah Perpaduan Nasional (LPN) bakal melancarkan program ‘Kita Bersaudara’ untuk menyantuni orang asal.

Pengerusinya, Salmah Ab Latiff berkata, program berkenaan bakal dilancarkan pada Jun dan merupakan hasil perbincangan LPN semasa retreat di Melaka, baru-baru ini.

Menurutnya, LPN mengambil peluang menziarahi Kampung Orang Asal Batu 14, Sungai Rasau, di Puchong, Selangor sesuai retreat berkenaan.

“LPN mengadakan Ziarah Mahabbah Tok Batin baru dan keluarga mualaf orang asal Suku Temuan di kampung ini.

“Kunjungan kami disambut baik walaupun diterjah sahaja ke kampung mereka,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Hadir sama dalam lawatan itu adalah Timbalan Pengerusi LPN, Noor Hanim Ismail dan Setiausaha Badriyah.

Menurut Salmah, tujuan lawatan LPN itu adalah untuk merisik khabar dan menjalin hubungan persahabatan selain mencari ruang untuk berprogram bersama suku kaum orang asal di kampung berkenaan. – HARAKAHDAILY 7/2/2022

- Advertisement -