Ketengah DMPM sebagai rujukan wanita Malaysia

Dr Najihatussalehah Ahmad
- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH | Foto SYAHIRAH SALLEH

BENTONG:
Pasukan Lajnah Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) perlu bekerja keras untuk mengetengahkan dewan itu sebagai rujukan wanita Malaysia.

Sehubungan itu, Ketua Penerangannya, Dr Najihatussalehah Ahmad berkata kepimpinan DMPM sewajarnya menyuarakan pandangan berhubung permasalahan yang dihadapi kaum wanita

- Advertisement -

“Kita mengharapkan team penerangan untuk sesi ini akan bekerja keras untuk mengetengahkan Dewan Muslimat PAS Malaysia sebagai rujukan kepada wanita Malaysia khususnya.

“Jadi kita tidak mahu lagi kepimpinan kita berada dalam kelompok sendiri, kita nak kalau ada permasalahan tentang wanita khususnya dalam bidang pendidikan, bagaimana masalah pendidikan yang melibatkan wanita, kita nak kepimpinan kita menyuarakan pandangan tersebut,” ujarnya semasa ditemui selepas berakhir Bengkel Pelan Strategik anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat di Janda Baik, semalam.

Menurutnya lagi, kepimpinan dewan sememangnya prihatin terhadap permasalahan kaum wanita yang sedang bekerja.

Justeru, katanya wanita yang bekerja dari rumah sebagaimana yang dilaksanakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) boleh diteruskan.

“Mungkin ada dari segi masalah masa bekerja, mungkin kita boleh pertimbangkan…sebab sepanjang PKP memberikan idea kepada kita untuk memastikan wanita boleh bekerja dari rumah, jadi kenapa tidak perkara itu diteruskan,” ujarnya.

Ini, ujarnya supaya wanita yang bekerjaya itu dapat melaksanakan kerja dengan lebih baik dan tidak perlu menghantar anak-anak ke pusat jagaan.

“Jadi suasana itu orang kata lebih mensejahterakan wanita tersebut,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 4/2/2022

- Advertisement -