Anggota polis ronda PCB nasihat rakyat patuhi SOP

Dato' Dr Izani Husin
- Advertisement -

KOTA BHARU: Anggota Exco kerajaan negeri Dr Izani Husin merakam tahniah kepada anggota Balai Polis Badang di atas usaha berterusan menjaga keselamatan masyarakat di kawasan Dun Kijang.

Beliau berkata, anggota polis di balai berkenaan bertugas tanpa mengira penat dan jemu bagi memberi nasihat perkara yang menjadi tanggungjawab setiap anggota masyarakat.

- Advertisement -

“Kepatuhan dan kebertanggungjawab adalah disiplin hidup yang sangat dituntut,” katanya pada lontaran di laman sosialnya.

Pada Selasa lepas anggota Balai Polis Badang melaksanakan aktiviti “Comunity Policing ‘Stop & Talk’ di Pantai Cahaya Bulan (PCB).

Menurut kenyataan laman sosial Balai Polis terbabit program tersebut bagi menasihati orang awam supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan sepanjang tempoh pendamik Covid 19.

Selain itu mendapatkan maklumat berkenaan permasalahan jenayah dan dadah.

“Mengeratkan lagi hubungan pihak polis dengan orang awam. Ia bertepatan dengan slogan ‘Polis Dan Masyarakat Berpisah Tiada’,” ujarnya.

Sementara itu kes harian Covid-19 yang dilaporkan di seluruh negara hari ini ialah 7,234 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,895,014 kes.

Manakala Kelantan pula mencatat 355 kes di mana Kota Bharu mencatat jumlah baru tertinggi iaitu 78 kes, menjadikan jumlah kes aktif dalam tempoh 14 hari 4,797. – HARAKAHDAILY 4/2/2022

- Advertisement -