Perkasa Pendidikan Islam bentuk modal insan

- Advertisement -

LAHAD DATU: Pendidikan Islam mesti diperkasakan untuk membentuk modal insan dalam kalangan masyarakat Muslim terutamanya, demikian kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Ustaz Idris Ahmad.

- Advertisement -

Perkara tersebut dinyatakan beliau semasa pertemuan bersama Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini yang dimaklumkannya semula dalam Liqa’ Fikri PAS Sabah di Lahad Datu, di sini kelmarin.

“Kita mencadangkan ditubuhkan pondok turath yang bersistematik dengan meletakkan nilai tambah iaitu ilmu pengurusan dan ilmu perdagangan.

“Ini bagi memastikan individu yang akan menggantikan orang agama itu seorang yang faham ilmu pengurusan,” ujarnya lagi.

Menurutnya, anak-anak Sabah yang berpotensi untuk dijadikan ulamak tersohor perlu diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dengan diberi pembiayaan biasiswa.

“Kementerian bersedia untuk bantu dalam menjayakan matlamat ini.
Hanya dengan pendidikan saja dapat meneruskan legasi terbaik dan akan mampu merubah kedudukan ekonomi sosial masyarakat,” tambahnya lagi.

Terdahulu, pada pertemuan dengan Hajiji itu, beliau telah menyerahkan replika cek peruntukan Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah berjumlah RM58.54 juta bagi hal ehwal Islam di negeri ini. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

- Advertisement -