PAS Lumut eratkan perpaduan Tahun Baharu Cina

- Advertisement -

LUMUT: Lajnah Perpaduan Nasional dan Lajnah Dakwah PAS Kawasan Lumut meneruskan usaha menyantuni masyarakat kaum Tionghua menjelang sambutan Tahun Baharu Cina, di sini pagi kelmarin.

- Advertisement -

Yang Dipertua PAS Lumut, Rosli Abd Rahman berkata, pihaknya saban tahun tidak melepaskan peluang menyantuni masyarakat Cina termasuk di mana akan mengedarkan juadah pulut kuning, angpau dan risalah dakwah PAS.

“Selain mengeratkan silaturahim di antara penduduk Cina dan pimpinan PAS, harapan PAS Lumut program seumpama ini dapat menceriakan semua penerima yang disantuni,” katanya selepas selesai program di Kampung Dato’ Seri Kamaruddin dan Taman Samudera.

Terdahulu, PAS Lumut melalui Lajnah Kebajikan, Kemasyarakatan dan Lajnah Perpaduan Keluarga turut sama turun padang dalam usaha menyantuni masyarakat Cina yang terdiri daripada para nelayan di sekitar Batu 8, Lekir.

Salah seorang nelayan, Lo Tuck Weng ketika ditemui menzahirkan penghargaan pada PAS Kawasan Lumut kerana sudi menziarahi mereka serta melihat kehidupan mereka di pelantar ikan secara dekat.

Turut hadir dalam program itu, Ahli Jawatankuasa PAS Lumut, Habibah Rasdi dan Khairul Shafie serta Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda dan Muslimat, Ahmad Fahim Zulkifli dan Zaharah Husin. – HARAKAHDAILY 1/2/2022

- Advertisement -