Jabatan Amal Sabah mantap pengurusan operasi

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
Jabatan Amal Malaysia Negeri Sabah (JAMNS) berusaha memantapkan kemahiran setiap anggota terutamanya ketika menjalankan operasi.

Pengarahnya, Masru Mustakim berkata, perkara itu dibincang pada pemukiman selama dua hari yang berakhir di SERI Ar, Raudhah, di sini, semalam.

- Advertisement -

Katanya seramai 28 peserta yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah dan Komandan-Komandan Kawasan menghadiri pemukiman tersebut untuk merancang pelan tindakan bagi memantapkan lagi pengurusan operasi Jabatan Amal.

“Pemukiman kali ini antara yang terbaik kerana kita serius merancang beberapa pelan bagi memastikan pengurusan operasi kita betul-betul mantap,” katanya pada program tersebut.

Sementara itu Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Huzaini Rohani berkata, penghargaan besar perlu diberikan kepada anggota Jabatan Amal Malaysia di semua peringkat terutama sekali Jabatan Amal Sabah.

“Satu penghargaan besar patut diberikan kepada Jabatan Amal terutamanya dari Sabah yang turut melancarkan operasi banjir di beberapa daerah di negeri Sabah ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua anggota sentiasa memperkasakan tarbiah ahli bagi memastikan anggota Jabatan Amal memahami erti penat lelah dalam membantu masyarakat.

“Penekanan konsep asas tarbiah perlu diperkasakan semua anggota Jabatan Amal. Ia sangat penting bagi mendidik anggota Jabatan Amal tentang erti penat lelah membantu masyarakat sekeliling tanpa mengira bangsa atau agama,” ujarnya ketika merasmi penutup program berkenaan. – HARAKAHDAILY 10/1/2022

- Advertisement -