ARC Zon Selatan bantu ‘service’ motosikal mangsa banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Alternative Riding Club (ARC) Zon Selatan yang melibatkan ARC Negeri Sembilan, Melaka dan Johor turut menganjurkan misi bantuan banjir ke Jelebu.

Mereka bersama NGO Johor iaitu Maahad Islami Tarbiah Tahfiz dan Masjid Al Falah Bandar Seri Alam, Masjid Bandar Seri Alam) menyediakan pek makanan untuk mangsa banjir, pembersihan rumah, edaran bantuan seperti toto dan bantal untuk 20 buah rumah yang terjejas dengan banjir, baru-baru ini.

- Advertisement -

Unit Media ARC Negeri Sembilan, Mohd Firdaus Arshad berkata, program service motosikal banjir iaitu 150 cc ke bawah telah diadakan bersebelahan Muzium Adat Kuala Klawang diketuai oleh ARC Johor.

“Lebih kurang 60 buah motosikal telah berjaya dibaiki dengan menukar minyak enjin, menggantikan palam pencucuh dan minor service secara percuma sehingga motosikal terbabit boleh bergerak dengan lancar untuk kegunaan harian,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Di samping itu, katanya serahan barang juga telah dilakukan ke rumah mangsa banjir, antaranya naskhah Al-Quran, sejadah, telekung, kain sarung, toto, bantal dan tikar.

Tambahnya, mereka juga mengadakan program service motosikal di Kampung Kuala Pah pada hari terakhir.

“Lebih 90 ahli ARC Zon Selatan telah bergabung dalam misi banjir kali ini,” ujarnya lagi. – HARAKAHDAILY 6/1/2022

- Advertisement -