Gelandangan jadi sukarelawan operasi pasca banjir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Golongan gelandangan kini semakin berubah apabila sebahagian daripada mereka sudah mampu berdikari untuk membina kehidupan baharu.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr Shahidan Kassim berkata, penghuni Komuniti Anjung Kelana (KUAK) baru-baru ini menjadi sukarelawan operasi pembersihan pasca banjir di Karak.

- Advertisement -

Kataya tiada paksaan terhadap penghuni KUAK menyertai misi tersebut dan hanya individu sukarela sahaja turun bertugas.

“Mereka berada di Karak sejak 19 Disember. Alhamdulillah saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana turut membantu mangsa banjir,” katanya seperti dilaporkan laman Wilayahku.

Shahidan sebelum itu membuat tinjauan operasi pasca banjir bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan di sekitar kawasan terjejas banjir Karak baru-baru ini.

Menurutnya juga KUAK merupakan nama baharu daripada Pusat Transformasi Gelandangan Anjung Kelana.

Kata beliau perubahan nama itu berikutan golongan tersebut sudah mampu membina kehidupan baharu dan tidak mahu lagi menjadi bebanan masyarakat. – HARAKAHDAILY 5/1/2022

- Advertisement -