
NGO SEMARAK dan Baitul Dhiya pimpinan PU Syed atau Syed Bakri Syed Yahya telah menyerahkan sumbangan berupa peralatan mencuci kepada Jabatan Amal Perak. Penyerahan itu disampaikan oleh En Mohamad Rizan Abdul UP selaku Setiausaha SEMARAK kepada YB Razman Zakaria yang juga Exco Perak mewakili Jabatan Amal Perak. Turut serta saudara Sopian Pyans Kabil yang juga AJK SEMARAK bersama beberapa JK lain dan JK JAM Perak.
Tiga buah water Jet dan tiga buah water pressure pump bersama peralatan mencuci seperti penyodok, kereta sorong dan alatan lain telah diserahkan pada hari tersebut. Sumbangan mencecah RM10,000. Ia sebahagian dari kutipan sumbangan masyarakat yang dimanfaatkan untuk membantu mangsa banjir.
Menurut saudara Rizan, sumbangan itu untuk memastikan sumbangan orang ramai dimanfaatkan sebaik mungkin. Jabatan Amal yang dikenali sebagai semut merah tentunya dapat memaksimakan sumbangan tersebut dalam pelbagai misi bantuan.
Sebelum ini, SEMARAK dan Baitul Dhiya telah turun sendiri ke Mentakab, Temerloh dan Hulu Langat Selangor menyerahkan bantuan alatan, wang ringgit di samping mencuci rumah yang rosak. “PU Syed serta beberapa orang ahli kami telah beberapa kali turun ke Hulu Langat menyampaikan bantuan. Rombongan ke Temerloh dengan kekuatan dua buah lori dan lapan pacuan 4X4 adalah kemuncak bantuan kali ini yang turut singgah ke Hulu Langat sekali lagi, terima kasih kepada semua penderma,” kata beliau.
YB Razman mengucapkan terima kasih kepada PU Syed serta NGO SEMARAK dan Baitul Dhiya atas sumbangan tersebut. Beliau juga menyeru orang ramai agar bersama membantu mangsa musibah dengan pelbagai cara. “Kita boleh membantu dengan tenaga, wang ringgit dan sebagainya sebagai tanda persaudaraan dan simpati. Rakyat Malaysia perlu menunjukkan solidariti dalam setiap musibah. Ini masa mereka. Kita belum tahu bila pula masa kita,” ujarnya mengakhiri pertemuan singkat tersebut.
FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Politik
Pesuruhjaya PAS Perak – HARAKAHDAILY 3/1/2022
Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000122032873/posts/7508732642474062/











