Banjir 2021: Rakyat Malaysia prihatin dan hebat!

- Advertisement -

PADA Disember 2021, negara kita telah diuji dengan banjir besar di beberapa buah negeri iaitu Selangor, Pahang, Negeri Sembilan dan Melaka. Selangor dan Pahang merupakan negeri yang paling terjejas. Dianggarkan kira-kira lebih 61,000 mangsa yang terkesan dengan banjir.

Beberapa daerah seperti Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Kuala Langat di Selangor dan Mentakab, Karak, Bentong di Pahang telah dilanda banjir di luar jangkaan. Bantuan kecemasan daripada pihak kerajaan agak lewat, hal ini mungkin disebabkan banyak daerah yang terjejas pada waktu yang sama.

- Advertisement -

Kita dapat lihat bagaimana rakyat Malaysia telah bekerjasama dalam menyelamatkan mangsa yang terperangkap di rumah mereka. Tanpa mengira bangsa dan agama, rakyat Malaysia telah berjaya bergerak sebagai satu pasukan dalam membantu mangsa-mangsa yang terjejas dari segi makanan, pakaian, barangan keperluan dan juga kewangan. 

Banyak NGO dan individu yang telah turun dari pelbagai latar belakang dan negeri demi membantu mangsa-mangsa banjir. Mereka sanggup berkorban wang ringgit, tenaga dan nyawa demi membantu mangsa-mangsa banjir. Pengorbanan ini wajib dipuji dan dicontohi oleh setiap lapisan rakyat Malaysia.

Kesimpulannya, kita dapat lihat betapa hebatnya rakyat Malaysia dalam membantu rakyat yang ditimpa musibah banjir pada kali ini. Diharap semangat ini terus disemai dan diteruskan dalam menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang maju, aman dan sejahtera.

Rujukan:

1. https://www.utusan.com.my/berita/2021/12/banjir-jumlah-mangsa-lapan-negeri-cecah-61000/

2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-kerjasama-masyarakat-tunjuk-semangat-keluarga-malaysia-luar-biasa-annuar-339479

3. https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/12/901768/rakyat-malaysia-wira-bantu-mangsa-banjir

QGENANALYSTS – HARAKAHDAILY 3/1/2022

Sumber Asal: https://m.facebook.com/2284919521796917/posts/3080731128882415/

PENAFIAN:
HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

- Advertisement -