
PAS Negeri Pahang memandang serius kemungkinan kes COVID-19 akan kembali meningkat semula seandainya PRU15 diadakan dalam tempoh terdekat ini sepertimana desakan pihak tertentu.
Ia sewajarnya ditangguhkan kerana orang ramai terutama ketika ini sedang bertarung untuk memulihkan kembali ekonomi mereka di sebalik berwaspada terhadap keselamatan dan kesihatan masing-masing.
Dalam satu kajian diterbitkan oleh PLOS Coumputational Biology, mendapati bahawa PRNN Sabah tahun lalu adalah punca tercetusnya gelombang baharu COVID-19 di Malaysia. Ia merangkumi 70 peratus kes baharu yang dilaporkan di negeri itu antara 26 September (hari mengundi) sehingga 12 Oktober.
Justeru dengan isu tersebut kita perlu mengambil pengajaran kenaikan yang mendadak selepas PRN Sabah, tentunya risiko seumpama ada apabila PRU15 melibatkan seluruh rakyat dilaksanakan di mana memerlukan lebih kawalan.
Walaupun kebanyakan Keluarga Malaysia telah lengkap divaksinasi mulai pertengahan tahun lalu, kajian terbaru mendapati keberkesanan vaksin akan menurun selepas beberapa bulan.
Oleh yang demikian, kerajaan digesa meletakkan keutamaan rakyat dan mengambil kira pelbagai perkara lain sebelum mahu mengadakan PRU15.
Adalah ditegaskan PRU15 perlu ditangguhkan ketika ini sehingga tamat penggal PRU14 matang pada Mac 2023 nanti. Ia demi memastikan penularan kes COVID-19 tidak kembali meletus dan semakin meningkat dan mengakibatkan penularan jangkitan lebih dahsyat jika sebarang bentuk pilihan raya diadakan.
“Islam Menyatukan Ummah”
“Memacu Perpaduan”
“Bersama Pulihkan Negara”
YB USTAZ MOHD TARMIZI YAHYA
Ketua Penerangan
PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 17/12/2021











