PAS Johor bangkit 2 tahun selepas krisis

Dato' Dr Mahfodz Mohamed
- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Krisis yang melanda PAS selepas muktamar di Kuala Selangor pada 2015 memberi pukulan hebat terhadap PAS Johor sehingga hanya 12 daripada 26 kawasan PAS yang dapat bertahan.

Pengerusi Sidang Assabiqun Dato Dr Mahfodz Mohamad berkata, begitu juga Dewan Harian PAS Johor yang tinggal berapa orang sahaja.

- Advertisement -

“Situasi serupa juga menimpa kepimpinan Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda hanya berapa kerat sahaja. PAS Johor berdepan dengan suasana getir pada masa itu,” katanya pada Sambutan Ulang Tahun PAS ke-70 di Dewan Kovensyen Taman Tamadun Islam petang ini.

Bagaimanapun kata beliau PAS Johor mampu bangkit semula dalam tempoh dua tahun sehingga mampu berada pada kedudukan sekarang.

Sambutan tersebut berakhir pada jam 6 petang selepas ucapan perasmian disampaikan Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. – HARAKAHDAILY 12/12/2021

- Advertisement -