
HARI ke-5 Sidang Dewan Negeri Pahang, YAB Menteri Besar membuat ucapan penggulungan serta menjawab semua perkara yang ditimbulkan dan beberapa RUU akan dipertimbangkan.
Isu bekalan air bersih bagi penggunaan penduduk adalah satu isu besar yang sering menjadi rungutan rakyat.
Setiap kali Sidang Dewan Negeri, ia sentiasa ditimbulkan dan dibahas oleh ADUN-ADUN pembangkang dan kerajaan.
Saya ucapkan tahniah dan syabas kepada pihak PAIP khususnya Daerah Maran yang cepat bertindak membaik pulih apabila berlaku sebarang kerosakan dan kebocoran. Terkadang terpaksa berjaga malam membaikinya. Terima kasih PAIP.
Namun kita menyedari bahawa air, walau nampak lembut tapi besi boleh putus, batu boleh hancur dan paip boleh pecah dek kerana tekanan yang terlampau kuat.
Bagi memastikan perkhidmatan bekalan air bersih dapat disediakan dengan lebih baik untuk seluruh kawasan penduduk di dalam Negeri Pahang.
Maka kerajaan negeri telah memperuntukkan RM151.28 juta tahun 2022 bagi tujuan pelaksanaan projek-projek yang telah dirancang termasuk menaik taraf sistem sedia ada. Semoga perkhidmatan air bersih semakin baik dari masa ke semasa insya-Allah.
USTAZ SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL-HAFIZ
ADUN Jengka – HARAKAHDAILY 10/12/2021
Sumber Asal: https://www.facebook.com/224641913017678/posts/269828758498993











