Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara

- Advertisement -

HARI yang cukup bersejarah, saya melancarkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin (PPVN) serta Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI). 

Kerajaan komited memacu R&D bagi menghasilkan teknologi dengan memastikan 50 peratus daripada dana penyelidikan kerajaan disediakan untuk pembangunan eksperimental (pengkomersialan).

- Advertisement -

Kita perlu melahirkan lebih ramai pencipta teknologi dan bukan pengguna teknologi semata-mata.

Terima kasih dan tahniah kepada saintis-saintis di atas segala penat lelah selama ini yang menjadi kelompok utama menghasilkan vaksin untuk manusia.

Kita menjangkakan lebih ramai saintis vaksin yang dapat dilahirkan agar dapat meningkatkan kemampuan membangunkan vaksin bukan sahaja untuk kegunaan dalam negara malah untuk pasaran global.

Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin ini tidak tertumpu pada vaksin COVID-19 semata-mata tetapi diperluaskan juga kepada vaksin bagi penyakit-penyakit lain antaranya kanser kepala dan leher.

Sekalung penghargaan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program hari ini.

DATO’ SRI ISMAIL SABRI YAAKOB
YAB Perdana Menteri Malaysia – HARAKAHDAILY 1/11/2021

Sumber Asal: https://m.facebook.com/419328479541814/posts/442730767201585

- Advertisement -