Hartanah dan sistem dimiliki PAS perlukan inovasi

- Advertisement -

PORT DICKSON: Pemuda PAS disaran mewujudkan manual atau panduan khusus dalam pengurusan hartanah miliknya sebagai satu daripada inovasi pentadbiran yang perlu diadakan pada masa kini.

Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Hendri Hamsah berkata, kebanyakan Pemuda PAS kini telah memiliki aset melibatkan PASTI, SRITI, SMITI dan lain-lain yang kekal diterima atas jalan wakaf atau dibeli.

Beliau sebagai perwakilan Pemuda PAS Sabah berucap membahas Ucaptama Ketua Pemuda pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Malaysia Kali Ke-62 di Corus Paradise Resort, di sini sebentar tadi.

“Kami telah berjaya membeli seluas 3.6 ekar tanah untuk digunakan sepenuhnya pembangunan SMITI satu-satunya milik Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah insya-Allah.

“Yang kedua, sektor pendidikan perlu diwujudkan. Kami mencadangkan kita sedia maklum bahawa sektor pendidikan yang di dalamnya ada PASTI, SRITI dan SMITI supaya mendekat dengan hati rakyat terutamanya di Sabah.

“Jadi kami mencadangkan juga agar perlu diwujudkan tabung lebih kurang ala-ala KWSP begitu, kajian melibatkan muamalat tersebut perlu dibuat ianya bagi kegunaan sebagai contoh tabung simpanan guru PASTI, SRITI, SMITI.

“Duit daripada tabung ini boleh dilaburkan dalam pelaburan tertentu sekali gus memberi manfaat kepada pencarum yang terdiri daripada guru-guru,” ujarnya melontar wawasan.

Beliau turut menyentuh pemerkasaan teknologi maklumat (ICT) sedia ada di dalam PAS untuk pentadbiran dan pengurusan di mana peringatnya perlu diperkasakan sistem secara integrasi dan bersepadu untuk organisasi.

“(Supaya) Dalam setiap aktiviti peringkat agar lebih mudah mengumpul maklumat data masyarakat tempatan dan segala maklumat berkaitan untuk pilihan raya dapat dikumpulkan secara sistematik, efektif dan lebih selamat dalam data PAS berbanding guna menggunakan aplikasi yang lain.

“Kami juga mencadangkan inovasi pendekatan demokrasi bermusyawarah iaitu kita melihat hasil usaha daripada inovasi ini beberapa solusi yang telah disebutkan dalam ucaptama tadi seharusnya diwacanakan.

“Dalam bentuk dialog secara langsung di saluran-saluran media agar masyarakat melihat keupayaan PAS dalam menangani isu secara efektif dan berkesan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 30/10/2021

- Advertisement -
- Advertisement -