Kelantan sukar beralih fasa 3 kes Covid masih 4 digit

- Advertisement -

Oleh AIN MANAF

KOTA BHARU:
Kelantan mungkin sukar memasuki ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sekiranya angka kes jangkitan positif Covid-19 masih berada pada empat digit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin bagaimanapun berharap rakyat di negeri itu kekal menjaga Prosedur operasi standard (SOP), selain mengambil suntikan vaksin Covid-19.

“Ini kerana, beberapa kriteria perlu dipertimbangkan seperti liputan vaksinasi serta trend kes harian Covid-19, sebelum peralihan berkenaan dilakukan.

- Advertisement -

“Namun saya ingin menegaskan kepada rakyat Kelantan walaupun telah disuntik, jangan berasa kita 100 peratus dilindungi.

“Seperti berlaku di Kampung Pasir Kelang di Mukim Batu Mengkebang di Kuala Krai akan dikenakan PKPD disebabkan ketidakpatuhan terhadap SOP menyebabkan berlaku jangkitan Covid-19.

Beliau berkata demikian ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) remaja di sebuah sekolah di sini.

Oleh itu Dr Izani berharap orang ramai mematuhi SOP dan hidup dalam suasana normal baharu supaya jumlah jangkitan dapat diturunkan.

Ditanya mengenai perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja sehingga kini sebanyak kira-kira 160,000 selesai menerima suntikan bagi dos pertama.

Semalam Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Dato’ Rodzi Md Saad dilapor berkata, Kampung Pasir Kelang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan berkuatkuasa Rabu (esok) hingga 19 Oktober ini. – HARAKAHDAILY 5/10/2021

- Advertisement -