Pesakit Covid-19 kategori 3, 4 belum disuntik vaksin

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Biarpun Kelantan masih mempunyai empat angka statistik harian Covid-19, namun berlaku penurunan tidak ketara bagi kategori tiga, empat dan lima sejak Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dato’ Dr Zaini Hussin berkata, situasi sama turut belaku kepada individu yang dimasukkan ke hospital, kebanyakan melibatkan pesakit Covid-19 kategori satu dan dua.

- Advertisement -

“Pada masa sama kita lihat ‘severe symptom’ kategori tiga, empat dan lima, peratusnya juga ada berlaku penurunan.

“Dan kalau dilihat yang teruk majoritinya mereka yang belum suntik atau tidak lengkap suntikan vaksin. Manakala yang lengkap suntikan dua dos vaksin, tetapi peratusannya kecil,” katanya selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) di Bilik Gerakan Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, membincangkan serta melihat kepada pencapaian imunisasi di bawah PICK selain kes berkaitan Covid-19 di negeri itu.

Hari ini Kelantan mencatat kos harian positif 1213 kes berbanding semalam 1078 kes.

Dr Zaini berkata, sebanyak 1.2 juta dos diterima Kelantan sejak Ogos lalu dan ditambah lagi bulan ini dengan jumlah sama dengan harapan sasaran imuniti kelompok pada akhir September dapat dicapai.

“Alhamdulillah kita telah menerima bekalan vaksin yang mencukupi dan InsyaAllah dengan perancangan yang kita buat, sekiranya berjalan lancar sehingga akhir September ini kita akan capai sasaran 80 peratus.

“Itulah harapan kita dengan mempergiatkan vaksinasi pada semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV), agar dapat meningkatkan jumlah vaksin di Kelantan selaras dengan peningkatan bekalan yang diterima,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/9/2021

- Advertisement -