Misi bantu baiki kerosakan rumah OKU

- Advertisement -

TEMERLOH: Jabatan Amal Malaysia (AMAL) Kawasan Temerloh telah menjalankan operasi menebang pokok di rumah kediaman seorang warga Orang Kelainan Upaya (OKU), Azri Anuar, 40 di Kampung Pulau Terap, Batu 40, Jalan Maran, di sini baru-baru ini.

- Advertisement -

Khidmat bakti ini bertujuan mengelakkan risiko dahan pokok yang reput akibat dimakan parasit patah menimpa bumbung rumah tersebut dan mungkin membahayakan para penghuninya di mana perkara seumpama pernah terjadi beberapa kali sebelum ini.

Komander AMAL Temerloh, Badli Ahmad sendiri mengetuai operasi ini dibantu 10 anggota AMAL Temerloh yang lain dan turut serta dihadiri juga membantu adalah Yang Dipertua PAS Temerloh, Md Jusoh Darus.

Menurut Md Jusoh, pihaknya telah bekerjasama dengan Pertubuhan Komuniti dan Masyarakat Sejahtera mencari sumbangan bagi kos baik pulih rumah Azri yang rosak di mana anggaran kos diperlukan adalah sekitar RM15,000.

Azri kini tinggal bersama dengan isterinya, Habibah Hamzah, 46 di rumah usang peninggalan arwah ayahnya di mana sebahagian bumbung rumah itu telah rosak dan roboh, serta pokok besar di sebelah rumah itu amat bahaya.

Para dermawan yang sudi membantu boleh menyalurkan menerusi akaun Bank Rakyat 1101632589 Pertubuhan Komuniti dan Masyarakat Sejahtera Temerloh. – HARAKAHDAILY 5/9/2021

- Advertisement -