Anhar teladan untuk terus melangsungkan perjuangan

- Advertisement -

SAYA mengikuti berita penahanan Muslimah Palestin yang sedang sarat hamil, Saudari Anhar al-Deek dengan penuh prihatin. Alhamdulillah, di pagi Jumaat yang berkat ini, kita menerima berita kegembiraan bahawa Anhar telah dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dibawa ke hospital untuk bersalin sebelum dihantar berkurung di rumah.

Tahniah kepada semua rakyat Malaysia yang turut bersama-sama dengan masyarakat Antarabangsa dalam menyatakan desakan kepada rejim Israel supaya membenarkan Anhar melahirkan bayinya di luar penjara. 

- Advertisement -

Penjara Israel bukanlah seperti penjara di Malaysia. Suasananya sahaja sudah cukup menyeksakan, apatah lagi bagi wanita yang baru melahirkan anak. 

Anhar sebelum ini lagi telah dilayan dengan tidak berperikemanusiaan walaupun beliau mengalami komplikasi semasa kehamilan. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan ibu dan anak jika ibu perlu melahirkannya dalam keadaan bergari dan anak pula perlu diasingkan dalam keadaan kelaparan. 

Kita yakin cerita-cerita kekejaman seperti ini akan berulang lagi. Ambillah pengajaran daripada kisah Anhar ini, untuk kita terus bersuara demi hak rakyat Palestin.

“Aid4Palestine”
“Free Palestine”

YB USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 3/9/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/446352142470360/posts/1251006198671613/

- Advertisement -