
KUALA LUMPUR: Sebanyak 64.2 peratus atau 15,032,301 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.
Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 19,741,754 individu atau 84.3 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.
- Advertisement -
Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 34,752,340 dos.
Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 261,768 dos diberikan semalam dengan 115,473 dos pertama dan 146,295 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 1/9/2021




















