Rakyat perlu pertahan kestabilan politik

- Advertisement -

KOTA BHARU: Rakyat di negara ini perlu mempertahankan kestabilan politik dengan mengelakkan perbuatan buruk yang boleh membawa ke arah perpecahan.

Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato Ahmad Yakob berkata, begitu juga anak anak muda hendaklah teguh dengan amalan agama, memandang mereka merupakan generasi masa depan negara.

“Kita wajib berusaha bagi memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negara kita dapat kita pertahankan.

- Advertisement -

“Keamanan dan kesejahteraan rakyat penting ketika kita meraikan sambutan ulangtahun kemerdekaan selaras dengan konsep Keluarga Malaysia,” katanya pada perutusan sempena sambutan Hari Kebangsaan hari ini.

Rakaman perutusan itu disiarkan melalui UKMB TV dan Facebook Menteri Besar Kelantan.

Tahun ini merupakan kali kedua tiada sebarang sambutan kemerdekaan secara fizikal memandangkan negara masih bergelut dengan penularan wabak Covid-19.

Ahmad juga berharap rakyat Kelantan terus kekal berada di rumah sebagai usaha bagi memutuskan rantaian wabak.

Sehingga sekarang Kelantan antara negeri yang mencatat kes harian positif yang tinggi di negara ini biarpun berada di fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. – HARAKAHDAILY 31/8/2021

- Advertisement -