Lebih 14 juta populasi dewasa sudah lengkap vaksin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sebanyak 61.9 peratus atau 14,487,972 populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang berkongsi maklumat berkenaan di laman Facebook rasminya hari ini memaklumkan seramai 19,241,946 individu atau 82.5 peratus telah menerima dos pertama setakat semalam.

- Advertisement -

Ini menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dilancarkan pada 24 Februari lalu kini sebanyak 33,724,744 dos.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 336,642 dos diberikan semalam dengan 190,010 merupakan dos kedua. – HARAKAHDAILY 29/8/2021

- Advertisement -