Tawaran kerjasama MPN, kerajaan bersifat terbuka

- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad menyifatkan tawaran Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kepada kepimpinan pembangkang untuk menganggotai Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 menunjukkan sikap keterbukaan kerajaan hari ini.

“Tawaran yang diberikan ini menunjukkan bahawasanya sikap keterbukaan yang ada pada Dato’ Sri Ismail Sabri, yang mana mementingkan soal kepentingan rakyat.

“Ini menunjukkan keseriusan yang ada supaya kita sama-sama mengatasi Covid-19 ini,” katanya.

- Advertisement -

Katanya, dengan tawaran gencatan politik itu, secara tidak langsung memberi peluang kepada kerajaan untuk menumpukan sepenuh perhatian kaedah menangani pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia.

“Kestabilan politik mempunyai kaitan yang rapat untuk memerangi peperangan kesihatan yang ada di negara kita.

“Kita mengharapkan supaya soal politiking itu tidak banyak berlaku kerana tumpuan kita biarlah hal itu.

“Cukuplah anak cucu kita menyaksikan dalam satu penggal, tiga tahun kita memiliki tiga perdana menteri,” katanya kepada Harakahdaily. – HARAKAHDAILY 25/8/2021

- Advertisement -