Pintu 2 Istana Negara jadi tumpuan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pintu 2 Istana Negara menjadi tumpuan media berikutan makluman awal bahawa Ahli-ahli Parlimen dari blok Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN), dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa, hari ini.

- Advertisement -

Jam 9.24 pagi, kenderaan membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun telah memasuki perkarangan Istana Negara.

Jam 9.30, kenderaan dipercayai milik Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dilihat memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 2. – HARAKAHDAILY 19/8/2021

- Advertisement -