
Oleh ALIAA SYAZWANI
SIK: Dewan Muslimat PAS Sik mengedarkan sebanyak 130 pek makanan tengah hari untuk petugas-petugas di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Dewan Al-Hana, di sini, pada Selasa.
Menurut Ketuanya, Norhasimah Abdul Rahman, sumbangan itu adalah satu inisiatif untuk menghargai jasa petugas barisan hadapan yang banyak berjuang sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara.
“Kami juga mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan pengorbanan petugas barisan hadapan yang mencurahkan tenaga tanpa mengira masa dan waktu,” kata beliau.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai menyerahkan pek makanan.
Sumbangan itu diserahkan kepada wakil petugas PPV berkenaan, Dr Nurul Emily.
Dr Emily berkata, beliau mewakili semua petugas di PPV berkenaan mengucapkan terima kasih di atas sumbangan dan keprihatinan yang ditunjukkan. – HARAKAHDAILY 19/8/2021











