Peristiwa hijrah besar erti dalam tamadun Islam

- Advertisement -

KUALA TERENGGANU: Peristiwa agung penghijrahan sangat besar ertinya dalam sejarah perkembangan dakwah dan ketamadunan Islam, kata Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Menurutnya, ini kerana ia adalah langkah perubahan dalam perjuangan untuk menegakkan agama, mendaulatkan syariat dan negara serta mendirikan akhlak kemanusiaan yang terpuji.

- Advertisement -

Beliau menambah, Islam sangat menekankan perubahan.

“Justeru, marilah kita menggunakan kesempatan ini untuk melakukan perubahan bukan hanya terhad kepada sifat dan tingkah laku, malah turut menganjakkan paradigma pemikiran dan kehidupan kita,” ujarnya dalam perutusan sempena Maal Hijrah 1443.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua umat Islam khususnya rakyat Negeri Terengganu Darul Iman.

“Semoga tahun hijrah yang datang akan memberi perubahan yang lebih baik kepada kehidupan kita, masyarakat dan juga negara, insya-Allah,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 10/8/2021

- Advertisement -