Rasuah: Strategi serampang dua mata

Prof Datuk Seri Dr Awang Sariyan
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menangani isu rasuah memerlukan strategi serampang dua mata,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Dato’ Dr Awang Sariyan.

Kata beliau, bercakap tentang rasuah semestinya dilihat mudah, tetapi untuk mengatasi rasuah ini, tidak memakan masa yang singkat.

Maka sebab itu, katanya perlu diadakan strategi jangka panjang dan jangka pendek.

- Advertisement -

“Jangka pendek ini untuk membendung secara drastik, tetapi jangka panjang ini ialah satu sistem yang perlu digerakkan.

“Saya melihat satu contoh iaitu dari segi jangka panjang pendidikan formal kita tahun 1988, kita ada falsafah pendidikan kebangsaan menyepadukan ilmu dengan akhlak, nilai murni dan kemahiran berfikir.

“Tetapi sekarang ini saya dapati falsafah pendidikan itu cantik pada bingkai frame letak lah di pejabat pembesar kementerian, pembesar negara, sekolah, universiti tapi amalan pendidikan bersepadu itu saya nampak merosot.

“Dulu saya terlibat dalam 20 tahun melatih guru-guru dari pelbagai universiti. Tiga bulan setahun saya duduk di sekolah. Saya melihat ada pemantauan ketua, guru besar, panitia, ketua bidang, ketua kanan memantau kesepaduan ini.

“Cuba ke sekolah sekarang tidak nampak lagi ada pemantauan, maknanya selalu kebaikan budaya kita ini suka membuat sesuatu yang hebat-hebat tetapi soal penerusan istiqamah itu jadi masalah besar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu forum bertajuk ‘Perangi Jenayah Rasuah’ menerusi Studio siaran langsung Media Sosial DBP, petang tadi.

Turut hadir dalam perbincangan selaku ahli panel Prof. Dato’ Seri Dr. Awang Sariyan, Tan Sri Musa Tan Sri Hassan, Dato’ Hussamuddin Yaacub dan dihoskan oleh Mohd Zai Mustafa.

Kata Awang, pendidikan di negara ini masih lagi berorentasikan peperiksaan pencapaian akademik berasaskan markah, bukan akedemik dari segi pemikiran.

“Maka perubahan (yang) sudah mula dibuat itu perlu digerakkan dengan lebih tegas dan jelas. Jadi Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) tidak semata-mata berdasarkan peperiksaan yang hanya memberikan nilai pencapaian akademik, bukan pemikiran. Akedemik markah.

“Katakanlah pendidikan Islam dia mencapai distension tetapi akhlaknya belum tentu lagi distension. Ini antara ilmu dengan amal.

“Jadi mahu tidak mahu dalam pendidikan formal di sekolah di maktab, universiti itu mesti ada gerakan besar-besaran menjadikan moral pendidikan akhlak ini termasuk membendung rasuah mengenal sesuatu yang halal dan haram,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/8/2021

- Advertisement -