Agih Bakul Prihatin Negara bantu penduduk

- Advertisement -

Oleh FATIHA MOHAMMAD

KINABATANGAN:
Pelan Pemulihan Negara (PPN) disemarakkan lagi dengan edaran Bakul Prihatin Negara (BPN) kepada penduduk di beberapa buah kampung sekitar Kinabatangan dengan kerjasama Dewan Muslimat PAS Kinabatangan, semalam.

Serahan bantuan tersebut diagihkan kepada 200 keluarga di beberapa lokaliti seperti Kampung Rancangan Suan Lamba, Kampung Sukau, Kampung Sentosa dan Kampung Pengkalan.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Kinabatangan, Samia Sutta mewakili Wanita Perikatan Nasional telah menyampaikan sumbangan berupa barangan dapur seperti beras, tepung, susu dan lain-lain.

Menurut beliau, BPN merupakan anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam usaha membantu masyarakat yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Kerajaan khususnya Dewan Muslimat PAS Kinabatangan prihatin isu kebajikan yang dihadapi oleh masyarakat terutamanya di Kinabatangan. Oleh sebab itu, kami berusaha membantu menyampaikan BPN kepada pemohon yang layak.

“Kami berharap semoga dengan bantuan yang diberikan ini dapat mengurangkan bebanan penduduk yang terjejas untuk meneruskan kehidupan di musim pandemik ini,” ujarnya lagi.

Beliau turut menggesa masyarakat sekitar agar cakna dengan jiran serta saudara mara terdekat dan membantu sekiranya terputus bekalan makanan. – HARAKAHDAILY 6/8/2021

- Advertisement -