Kadar vaksinasi Malaysia paling tinggi per kapita di dunia

Foto hiasan.
- Advertisement -

Oleh NOR HAZWANI NOH

KUALA LUMPUR: Kadar vaksinasi di Malaysia antara yang paling tinggi per kapita di dunia pada Isnin, 1 Ogos 2021.

Menurut Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Dato’ Haji Ahmad Amzad Hashim, angka kes positif yang ditunjukkan setiap hari sekalipun meningkat menunjukkan peratusan kategori empat dan lima kurang daripada dua peratus.

- Advertisement -

Manakala 98 peratus lagi tanpa gejala atau gejala ringan yang tidak mengancam nyawa atau perlukan kemasukan ke hospital.

“Jika segalanya berjalan baik, rakyat akan mula merasa lebih gembira mulai September, Oktober dan seterusnya,” kata Amzad dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Beliau berkata, buat masa ini sememangnya rakyat sedang marah (kepada kerajaan) dan peluang ini cuba dimanfaatkan oleh pembangkang.

“Mereka (pembangkang) takut berdepan September, Oktober dan seterusnya bila kes sudah turun, ekonomi semakin baik, rakyat semakin gembira.

“Ini kerana baju hitam mereka akan benar-benar detik hitam untuk mereka ketika itu.

“Kejayaan yang akan mula kelihatan lebih jelas di bulan Oktober (dan) akan menjadi Tragedi Oktober untuk perakus kuasa di sebalik kumpulan berbaju hitam berkenaan,” katanya. – HARAKAHDAILY 2/8/2021

- Advertisement -