‘Mass swab test’ di Selangor usaha sabotaj PPN

- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Mass swab test di Selangor dilihat sebagai satu langkah pembangkang untuk mensabotaj Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diusahakan Kerajaan ketika ini

Menurut Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Mohd Fuad Mohd Salleh, kenaikan kes harian baharu Covid-19 bukan sahaja menjadi tanggungjawab kerajaan pusat semata-mata, namun ia turut menjadi tanggungjawab kerajaan negeri.

- Advertisement -

“Jadi, siapa yang sebenarnya gagal? Kerana menjadi tanggungjawab kerajaan negeri juga untuk mengawal penyebaran Covid-19.

“Ketua Pengarah Kesihatan sudah sebut. Mass swab test bukan kaedah yang betul, tetapi negeri Selangor buat.

“Kenapa Selangor buat? Saya melihat dia sengaja melakukan untuk sabotaj pelan pemulihan sebenarnya. Itu yang saya nampak sebenarnya.

“Ke mana Dr Mariah, Dr Zul sekarang ini? Senyap, tidak bersuara langsung,” ujarnya ketika dihubungi HarakahDaily, hari ini.

Beliau turut mengkritik keputusan kerajaan negeri Selangor bersetuju membuka Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) berdekatan kawasan perumahan di Shah Alam.

Katanya, CAC adalah tempat untuk menyaring pesakit positif Covid-19 dan ia adalah satu keputusan yang tidak relevan.

“Satu benda lagi, kalau kita lihat, berfikir dengan rasional. Sebenarnya sikap masyarakat juga menambah kepada bilangan.

“Sikap kerajaan negeri yang ambil tak endah juga menambah bilangan. Dan saya juga hendak sebut di CAC Shah Alam misalnya, yang nak potong gelang, yang nak ambil surat free Covid-19 ini pun, dihantar ke CAC Shah Alam.

“Sedangkan di CAC Shah Alam itu untuk saring orang, untuk dihantar ke pusat kuarantin dan sebagainya.

“Jadi, sepatutnya orang-orang ini yang hanya perlukan surat dan potong gelang dihantar ke tempat lain upaya tidak bercampur dengan orang yang positif Covid-19.

“Memanglah yang sudah positif Covid-19 ini tak akan dijangkiti semula, tetapi pandangan masyarakat apabila tengok suasana CAC yang hiruk-pikuk itu dia nampak KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia),” katanya. – HARAKAHDAILY 14/7/2021

- Advertisement -