Sumbang tilam penuhi keperluan di Hospital Jengka

- Advertisement -

KUALA KRAU: Pertambahan jumlah kes pesakit positif COVID-19 ketika ini turut meningkatkan kapasiti penggunaan katil dan keperluan rawatan perubatan dan kesihatan di semua hospital di seluruh negara.

- Advertisement -

Memahami situasi tersebut, ADUN Jengka Ustaz Shahril Azman Abdul Halim telah menyerahkan menyumbangkan berupa 20 tilam kepada bagi menampung antara keperluan berkaitan kepada pihak Hospital Jengka, di sini.

Sumbangan dengan kerjasama Pengerusi Surau Raudhatul Jannah Taman Jengka Mahkota, Ustaz Mohd Zaki Abdul Latiff mewakili ahli jemaah surau itu telah diserahkan kepada Pengarah Hospital Jengka, Dr Sharafana Senasi Abdullah, kelmarin.

Hospital Jengka sekarang antara merupakan pusat pesakit COVID-19 di mana mereka yang dikuarantin semakin ramai di mana banyak peralatan diperlukan dengan ia turut diterima dari sumbangan awam.

Ustaz Shahril Azman dalam pada itu merakamkan penghargaan kepada ahli-ahli jemaah Surau Raudhatul Jannah, Taman Jengka Mahkota atas yang keprihatinan dari kebajikan yang dihulurkan pada kadar segera itu.

“Saya berharap lebih ramai lagi penyumbang yang bermurah hati menderma dan menyalurkan bantuan dari segi kewangan dan sebagainya. “Barangsiapa yang memudahkan urusan orang lain , maka Allah akan permudahkan urusannya”,” ujar beliau memetik hadis itu.

Sementara itu Ustaz Mohd Zaki memberitahu bahawa pihaknya membantu sekadar yang termampu, namun akan meneruskan lagi usaha itu ketika membuat serahan kepada Dr Sharafana Senasi selepas solat Jumaat itu.

Mereka berharap Hospital Jengka dapat memanfaatkan sumbangan tersebut dengan sebaiknya. – HARAKAHDAILY 11/7/2021

- Advertisement -