Usah dimaafkan lagi kebiadaban Kit Siang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kebiadaban Veteran DAP, Lim Kit Siang menerusi tulisannya wajar dikutuk sekeras-kerasnya sama ada tindakan itu dibuat secara sengaja mahupun tidak sengaja, kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Negeri Selangor (DUPNS) Ustaz Muhammad Najhan Halim

- Advertisement -

Hal ini kerana keterlanjuran Kit Siang dalam isu membabitkan penghinaan kerajaan Allah adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana menyentuh tentang Allah dan dianggap menghina Allah.

Kata Ustaz Najhan, perbuatan ‘Bapa Bangsa DAP’ itu telah menambah siri kebiadaban dan keangkuhan DAP yang sememangnya rupa sebenar mereka yang amat ekstrem benci kepada Islam dan ajaran Islam.

Di samping itu, Ustaz Najhan turut menasihatkan kepada semua pihak supaya tidak berkhayal dan bermimpi untuk membuat pakatan dan perjanjian persefahaman terbaru dengan parti itu.

“Jangan terpedaya dengan mereka, kerana merekalah tempat berhimpun berbagai-bagai pembawa masalah kepada rakyat dan negara.

“Cukuplah kita melihat bagaimana jahat dan lancangnya mereka ketika dalam kerajaan selama 22 bulan dan apa yang mereka telah buat dan rancang untuk buat samada terhadap perlembagaan negara, sistem Raja, ekonomi negara, orang Melayu, bahasa, agama Islam dan berbagai-bagai lagi.

“Insaflah umat dan bangkitlah menolak mereka. Bersatu kita atas nama Islam. Hanya dengan Islam semua kita selamat, Melayu, Cina dan India serta kaum lain.

“Walaupun kita umat Islam masih berselisih dan berbeza, tetapi agenda bersama mempertahankan Islam adalah faktor perpaduan kita,” ujar beliau menerusi kenyataan, hari ini.

Sementara itu, mewakili DUPNS, beliau tegas mengatakan bahawa toada lagi maaf buat Kit Siang atas perbuatannya itu.

Malah, DUPNS turut menggesa pihak kerajaan dan penguatkuasa undang-undang mengambil tindakan tegas terhadap Kit Siang dari sudut undang-undang menerusi Akta Hasutan bagi menutup mulut celupar Kit Siang itu, katanya.

Beliau berkata demikian mengulas berhubung ulasan Kit Siang dalam satu hantaran Facebooknya yang mempersoalkan tulisan Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berjudul Pandemik Covid-19 dan Pandemik Politiking.

Kit Siang dalam hantaran yang telah dipadam itu mempersoalkan sekiranya kerajaan Allah adalah kerajaan terbaik mendepani pandemik Covid-19, mengapa prestasi ekonomi Malaysia tidak memberangsangkan. HARAKAHDAILY 6/7/2021

- Advertisement -