Tiada lagi alasan pembangkang jaja tiada peruntukan

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Mengambil kira tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilanjutkan sehingga nilai ambang kes Covid-19 kurang 4,000 kes sehari, Wanita Perikatan Nasional Perlis tampil membantu penduduk terjejas.

Mereka turut membantu Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat bagi mengagihkan Bantuan Bakul Makanan Prihatin kepada penduduk.

- Advertisement -

Ketua Dewan Muslimat PAS Kangar, Norhasmayatie Che Me berkata, Wanita Perikatan Nasional (PN) Perlis sebelum ini mengedar borang permohonan bantuan kepada penduduk untuk mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan segera.

“Alhamdulillah, seperti yang dijanjikan, mereka yang lengkap mengisi borang permohonan telah menerima bantuan yang disumbang Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Manakala bagi mereka yang belum menerima bantuan tidak perlu khuatir insyaAllah bantuan untuk mereka akan menyusul nanti,” katanya semasa ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Bakul Makanan Prihatin kepada penduduk di Dun Sena semalam.

Turut sama pada program berkenaan Ketua Srikandi Bersatu Kangar, Normi Azizi.

Norhasmayatie juga berkata, Muslimat PAS Kangar turut menggerakkan jentera bagi membantu penduduk yang terjejas dan tertekan dengan situasi yang berlaku sekarang.

Menurutnya juga ahli parlimen (MP) pembangkang tiada lagi alasan tidak ada peruntukan bagi membantu rakyat di kawasan mereka.

“Ini kerana Kerajaan PN memperuntukkan sebanyak RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang bagi melaksanakan Bantuan Bakul Makanan kepada golongan terjejas di kawasan masing-masing,” katanya.

Kata beliau Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenepikan sentimen kepartian dengan mengagihkan peruntukan kepada semua ahli parlimen.

Sedangkan katanya pada era kerajaan sebelum ini perkara itu tidak berlaku sehingga wakil rakyat pembangkang terpaksa mencari dana sendiri bagi membantu rakyat. – HARAKAHDAILY 30/6/2021

- Advertisement -