Penduduk hargai bantuan PAS Kudat

- Advertisement -

Oleh SUZIANA GHANI

KUDAT:
Penerima sumbangan Tabung Bantuan Covid-19 menghargai dan mengucapkan terima kasih kepada PAS Kudat atas sumbangan barangan keperluan dapur.

Shirley Lee Pei San, 32, bersyukur menerima sumbangan barangan keperluan dapur berupa beras, tepung, gula, telur, minyak dan susu.

“Dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban kami dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

- Advertisement -

“PAS mengagihkan bantuan tanpa mengira agama dan bangsa,” ujarnya lagi.

Md. Sabri Mustang, 32, pula berkata ramai penduduk Tanjong Kapor yang terlibat kawasan PKPD merupakan golongan yang berpendapatan rendah.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah dengan sumbangan bantuan ini dapat ringankan beban kami.

“Saya berniaga sendiri, jadi pendapatan keluarga kami terjejas sepanjang PKPD ini kerana perniagaan tidak dapat berjalan seperti biasa. Terima kasih PAS atas sumbangan yang diberikan,” katanya

Pada program semalam dan hari ini, seramai 60 keluarga telah menerima bantuan barangan keperluan dapur menjadikan jumlah penerima Tabung Bencana Covid-19 sebanyak 160 keluarga sejak dilancarkan pada 7 Jun lepas.

Sumbangan disampaikan oleh Naib Yang Dipertua PAS Kudat, Abu Luqman Mohd Razali. Turut hadir menyampaikan sumbangan Ketua Lajnah Perhubungan NGO, Ahmad Kapok.

Sumbangan disampaikan secara berperingkat mengikut dana yang diperolehi dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan. – HARAKAHDAILY 28/6/2021

- Advertisement -