
KUALA LUMPUR: Sebanyak126 kes kematian akibat jangkitan Covid-19 di negara ini dilaporkan hari ini.
- Advertisement -
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook menyatakan jumlah itu adalah tertinggi pernah dilaporkan bagi kes harian.
Menurut KKM, sehingga kini, terdapat 2,993 kes kematian akibat jangkitan Covid-19.
Tambahnya, kes yang dirawat di ICU sebanyak 878 sementara yang memerlukan bantuan alat pernafasan adalah 441
Kes sembuh yang dilaporkan hari ini ialah 5,777 menjadikan jumlah kes sembuh sebanyak 501,898.
Hari ini pula mencatatkan kes baharu positif adalah 7,703 melibatkan 7,701 kes tempatan dan dua kes import menjadikan jumlah positif keseluruhan adalah 587,165. – HARAKAHDAILY 2/6/2021











