Rebut peluang daftar segera program vaksinasi

Foto hiasan.
- Advertisement -

KOTA BHARU: Orang ramai terutamanya warga emas hendaklah merebut peluang dengan mendaftar segera bagi mendapat suntikan vaksin Covid-19 sebagai usaha membantu kerajaan melandaikan wabak itu.

Pengarah Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Kelantan, Ahmad Fathan Mamood berkata, usaha itu perlu dilakukan sebagai ikhtiar bagi mengelakkan penularan wabak.

Katanya, kaedah itu diakui pakar di seluruh dunia dan digunakan secara meluas bagi membendung jangkitan wabak Covid yang begitu membimbangkan sekarang.

- Advertisement -

“Malah banyak kes yang berlaku mereka yang menerima suntikan vaksin lebih tahan antibodi mereka berbanding mereka yang belum mendapat suntikan vaksin.

“Isu itu juga banyak diviralkan di mana ahli keluarga yang sudah mendapat suntikan vaksin mempunyai lebih daya tahan, berbanding anggota keluarga lain yang belum mendapat suntikan,” katanya di sini.

Hari ini kerajaan membuka tawaran pusingan kedua bagi warga emas berusia usia 60 tahun ke bawah mendaftar mendapat suntikan vaksin Astra Zeneca yang bermula jam 12 tengah hari.

Menurut Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi Khairy Jamaluddin keutamaan pendaftran vaksin tersebut kepada warga emas yang tinggal di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang dan Miri Sarawak.

Malah katanya seramai 133,376 individu sudah divaksinkan selepas dua minggu tawaran mendapat suntikan vaksin Astra Zaneca dibuka.

Ahmad Fathan yang juga Adun Chempaka berkata, anak-anak hendaklah memain peranan untuk mendaftar ibu bapa mereka bagi mendapat segera suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya juga berdasar maklumat Jabatan Kesihatan warga emas sukar untuk mendaftar mendapat vaksin kerana mereka tidak mempunyai kemudahan aplikasi MySejahtera. – HARAKAHDAILY 26/5/2021

- Advertisement -