
SEMALAM, Malaysia merekodkan kes harian positif COVID-19 tertinggi iaitu 6,075 kes sejak kita berhadapan dengan pandemik COVID-19. Kenaikan kes adalah sebanyak 24.9 peratus!
Kini, kes aktif di seluruh negara adalah sebanyak 47,340 dengan 559 orang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 303 pesakit bernafas menggunakan mesin bantuan. Jumlah kes keseluruhan kini adalah 485,496 kes.
Saya bimbang dengan perkembangan semasa kes positif COVID-19 ini. Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh KKM serta saranan daripada KKM sendiri, saya dengan ini menyeru semua Pemuda PAS di seluruh negara untuk mengamalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Kendiri atau ‘self lockdown’.
Saya percaya, perjuangan melawan COVID-19 bukan hanya perjuangan frontliners kita tetapi kita mesti harungi pertarungan ini secara bersama dengan penuh rasa tanggungjawab. Tanamkan dalam diri kita semua bahawa ‘We are the frontliners!’.
Saya juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk mengamalkan PKP Kendiri ini. Kita mesti putuskan rantaian COVID-19 secepat mungkin agar kita dapat hidup dengan lebih sejahtera pada masa akan datang. Kita mesti bertindak hari ini dan mulakan dengan diri sendiri dan keluarga kita. Demi masa depan Malaysia.
Its start from you, kawan.
YB SENATOR IR TS KHAIRIL NIZAM KHIRUDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 21/5/2021











