Palestin: Berbalas serangan sebelum gencatan senjata

- Advertisement -

KABINET Israel meluluskan gencatan senjata untuk mengakhiri 11 hari pengeboman berterusan ke atas Semenanjung Gaza. Hamas dan Jihad Islami mengesahkan ia bersetuju ke atas gencatan senjata dengan rejim zionis Israel yang berkuatkuasa pada jam 2.00 am hari ini iaitu waktu Malaysia jam 7.00 pagi. https://www.aljazeera.com/…/death-destruction-in-gaza…

- Advertisement -

Sebelum waktu gencatan senjata bermula, pesawat pejuang rejim zionis Israel terus menyerang Gaza dengan puluhan bedilan roket menyasarkan Beit Hanoun, Beit Lahia, bangunan Kementerian Dalam Negeri di bandar Gaza, Rafah, Jahar Deik, Khan Younis dan penempatan penduduk Palestin kawasan pantai Gaza. (Gambar 1)

Dalam masa sama, pejuang Palestin membalas serangan rejim zionis Israel dengan menembak puluhan roket ke atas penempatan pendatang haram Yahudi di Nahal Ouz, Kafar Saad, Shokdah, Kafar Azza, Hulit, Sufa, Yaitid, Ashalum, Sadia Abraham, Karam Abu Salem, Askelan, Ashdod, Dirut, Nair Aam, Mflasim, Yakhini, Takuma, Kafar Memon, Lakhish, Kisovim, Nerim dan Ashkul. (Gambar 2)

Pihak berkuasa rejim zionis Israel menghentikan operasi Lapangan Terbang Ben Gurion bimbang pejuang Palestin akan menyerang lapangan terbang tersebut.

Tiga buah kilang terbakar di barat Semenanjung Gaza akibat bedilan roket pesawat pejuang regim zionis Israel. (Gambar 3)

Sebuah keluarga di Khan Younis terselamat apabila roket yang dilancarkan oleh pesawat pejuang rejim zionis Israel ke atas kediaman mereka tidak meletup. (Gambar 5)

Ribuan penduduk Palestin di Umm Al Fahm mengiringi jenazah As-Syahid Muhammad Mahmoud Kiywan yang berusia 17 tahun yang terkorban akibat di tembak di kepalanya oleh tentera rejim zionis Israel. (Gambar 7)

Anak muda Iraq menaiki bas beramai-ramai menuju ke sempadan Iraq-Palestin untuk berdemonstrasi dan bersolidariti ke atas rakyat Palestin serta membantah tindakan ganas rejim zionis Israel. (Gambar 8)

Berlaku pertembungan antara pemuda Palestin dengan polis rejim zionis Israel di Umm Al Fahm. (Gambar 9)

Tentera rejim zionis Israel mengeluarkan kenyataan kepada pendatang haram Yahudi yang tinggal 7 km dari sempadan Semenanjung Gaza agar tidak meninggalkan pusat perlindungan sehingga diberitahu kelak.

Pendatang haram Yahudi lari ke pusat perlindungan apabila siren dibunyikan di Ashdod ketika berlangsungnya majlis perkahwinan. (Gambar 10)

Selamatkan Masjidil Aqsa, Bebaskan Palestin. – HARAKAHDAILY 21/5/2021

(Kredit: Al Jazeera Chanel, Alarabiya Palestine, Shehab News, Al Quds, Gaza Now.)

- Advertisement -